Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sayid Ahmad Khatami dalam khutbah Jumaat di Tehran mengecam pengeboman di Boston dengan menyatakan, "Republik Islam Iran mengecam sebarang pembunuhan insan yang tidak berdosa seperti yang terjadi di Amerika. Ini semua berasaskan sebuah logik yang mana kami menghormati semua insan di seluruh dunia."
Tambah beliau lagi, "Namun tidak semestinya pembunuhan orang awam di Amerika adalah tidak baik namun tidak ada masalah dengan pembunuhan di Iraq dan Syria. Kita mengecam pembunuhan orang tidak berdosa di Amerika, Syria, Iraq, Pakistan, Afghanistan dan di mana sahaja dalam dunia."
Sambil menyifatkan sikap Amerika dan PBB sebagai talam dua muka, beliau berkata, "Bagaimana kamu rasa amat sensitif terhadap pengeboman di Amerika sedangkan kamu mendiamkan diri apabila orang awam di Syria dibunuh, ini adalah sikap hipokrit."
Berkenaan dengan pembunuhan yang dilakukan oleh negara-negara Barat, beliau menambah, "Kamu yang melihat huru hara dan pembunuhan orang yang tidak berdosa hendaklah bangkit dengan kesedaran, hendaklah kamu desak pihak pemerintah menghentikan pengiriman senjata ke Syria."